Dengan ketibaan wabak novel Covid-19, seluruh dunia terpaksa menyesuaikan diri dengan mengatur kembali kehidupan harian masing-masing. Peraturan baru diperkenalkan, undang-undang diselaraskan dan gaya hidup individu diperubahkan. Setiap orang terpaksa menyesuaikan diri dengan norma baharu dengan memperbaharui cara hidup, cara menjalankan perniagaan, dan juga usaha masing-masing untuk kekal bertahan pada waktu yang amat sukar ini.

MEDI LIFESTYLE yang sebelum ini dikenal sebagai IEV Holdings Limited adalah sebuah syarikat yang merupakan sebahagian daripada rangkaian penyediaan penyelesaian kejuruteraan bersepadu untuk menyokong industri minyak dan gas (“Perniagaan Kejuruteraan”) terutama di Wilayah Asia Pasifik. Pada bulan Oktober 2019, Syarikat ini telah melakukan diversifikasi ke sektor kesihatan, penjagaan selepas bersalin dan penjagaan kesejahteraan (“Perniagaan Penjagaan Kesihatan”).

Pada 25 November 2020, Syarikat ini telah melepaskan diri sepenuhnya daripada Perniagaan Kejuruteraan dan pada 26 November 2020 telah menukar namanya kepada Medi Lifestyle Limited untuk mencerminkan fokus utama mereka pada Perniagaan Penjagaan Kesihatan. Syarikat ini bertekad untuk mengenal pasti dan menyusun strategi untuk peluang pertumbuhan dalam sektor estetika, kesejahteraan dan kesihatan untuk menjadi salah sebuah penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik di Asia.

“Pandemik Covid-19 adalah musuh utama yang mempengaruhi ekonomi global. Ia mengakibatkan banyak gangguan dalam menjalankan aktiviti perniagaan ditambahkan lagi dengan sekatan pergerakan, perintah berkurung dan penjarakan sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengawal lalu menghentikan penyebaran virus. Lokasi operasi utama Medi Lifestyle di Malaysia dan Singapura turut terjejas dengan sekatan pergerakan yang berterusan disebabkan peningkatan kes Covid- 19. Walaupun keadaan tidak menentu, kami merasakan bahawa masih wujudnya peluang yang boleh kami terokai. Oleh yang demikian, kami terus berusaha malah telahpun mencapai hasil yang membanggakan dan sebagai sebuah syarikat, kami dalam perjalanan untuk menjadi sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan yang serba lengkap di rantau ini.”

Melangkah masuk ke tahun 2021/22, MEDI LIFESTYLE sedang merancangkan sesuatu yang menarik dimana sebagai sebuah syarikat penjagaan kesihatan premium, mereka akan menubuhkan pusat perkhidmatan selepas bersalin yang pertama dilancarkan di Singapura pada suku terakhir 2021. Ini adalah sesuatu yang boleh memanfaatkan ibu bapa baru yang telah berhijrah dari Malaysia ke Singapura dan kini tidak dapat kembali ke negara asal mereka untuk berpantang.

Permintaan untuk perkhidmatan selepas bersalin telah meningkat secara mendadak kerana ibu bapa semakin mementingkan penjagaan kaedah moden yang disediakan oleh pusat penjagaan ibu dan bayi berbanding dengan penjagaan tradisional. Perubahan ini disebabkan batasan yang wujud akibat Covid-19. Sebelum ini, tiada masalah untuk kita mendapatkan seseorang pengasuh untuk membantu penjagaan bayi di rumah namun sekatan yang berleluasa ini telah memaksa ramai ibu bapa untuk bersaing mendapatkan pengasuh tempatan untuk membantu mereka, bertambah pula dengan sekatan pergerakan yang menyebabkan mereka tidak boleh mendapatkan bantuan oleh ibu bapa masing-masing.

Pandemik yang melanda membolehkan MEDI LIFESTYLE untuk memperoleh premis yang telah ditutup lalu mengubahnya menjadi pusat perkhidmatan selepas bersalin sehenti untuk menyediakan rawatan lengkap serba profesional untuk ibu dan bayi di Malaysia.

Nadora, pusat perkhidmatan penjagaan selepas bersalin yang telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2020, menyatukan amalan berpantang tradisional dan penjagaan kontemporari dengan menggabungkan kepakaran pengamal kesihatan dan kesejahteraan untuk mewujudkan program kesihatan yang lengkap bagi para ibu. Bayi yang baru dilahir akan dberi penjagaan yang terbaik oleh para profesional yang langsung dapat memberi ketenangan kepada ibu untuk berehat dan sembuh selepas bersalin. Di samping itu, Nadora juga menyediakan perkhidmatan kesihatan yang diperibadikan termasuk sesi yoga, perundingan penjagaan bayi yang baru lahir, sokongan penyusuan susu ibu dan profil genetik yang membantu ibu untuk menjelajahi dunia baru sebagai seorang ibu dengan menggunakan pendekatan holistik.

Di Malaysia, pusat kedua akan tersedia tidak lama lagi dengan 50 bilik yang dilengkapi dengan ruang asuhan, bilik inkubasi, perkhidmatan kiropraktik dan fisioterapi. Pusat ini disasarkan untuk beroperasi pada suku kedua 2021. Di Singapura pula, kerja-kerja pengubahsuaian untuk pusat penjagaan selepas bersalin yang pertama dijadualkan siap pada suku terakhir 2021.

MEDI LIFESTYLE juga telah bergabung bersama anak syarikat milik Back to Life Sdn. Bhd. untuk menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan perubatan alternatif termasuk perkhidmatan perubatan tradisional Cina, kiropraktik dan fisioterapi.

Perkhidmatan ini terdapat di pusat-pusat penjagaan selepas bersalin dan juga pusat individu. Pada masa ini, MEDI LIFESTYLE mempunyai dua pusat penjagaan selepas bersalin di Malaysia dan satu (akan dilancarkan) di Singapura serta 1 pusat kiropraktik dan fisiologi di Malaysia.

Appeared in Ramarama.my on 18 May 2021.

Mengambil peluang pertumbuhan maju waktu pandemik

Dengan ketibaan wabak novel Covid-19, seluruh dunia terpaksa menyesuaikan diri dengan mengatur kembali kehidupan harian masing-masing. Peraturan baru diperkenalkan, undang…Continue reading